4AEOC Group @ facebook – Peraturan & Etika
Posted by futeballDec 17
Peraturan & Etika
Yang membezakan antara kita manusia dgn yg hidup nuhhh di rimba.
hidup mmg tetap kena ada peraturan.
Kami MT 4AEOC yakin setiap forumer dapat menjaga tatasusila berforum, cuma untuk ingat-mengingati secara umum :
TIDAK ” DIGALAKKAN ” untuk :
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang SIA-SIA tiada kena mengena dengan kepentingan Forum ini
4. Membuat “double posting” atau “posting” yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat posting yang boleh menyebabkan perbalahan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah keterlaluan atau kesat kepada ahli lain.
7. Mensisipkan gambar-gambar lucah keterlaluan dan tidak disenangi ahlil yg lainnya
8. Berbincang mengenai politik
9. Menggunakan bahasa sms atau singkatan sms. Sila gunakan singkatan rasmi. Rujuk Kamus Dewan.
Admin/Moderator berhak untuk:
1. Mengubah kiriman/topik anda
2. Mengeluarkan kiriman/topik anda dari database (delete)
3. Menyenaraihitamkan username (Banned)
Penyebab yang boleh dikenakan tindakan BANNED:
1. Menggugat atau mencabar kredibiliti Admin/Moderator
2. Mengaibkan users lain
3. Menimbulkan HURU HARA atau perselisihan
4. Bersekongkol dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
5. Melanggar syarat-syarat berposting (seperti di atas)
Khas untuk Group Facebook 4AEOC :
1. Sebarang posting jual beli tidak dibenarkan
Sekian Terima Kasih…
